Badan Perundangan Politik_Iran

Majlis, parlimen Iran

Badan perundangan Iran adalah berbentuk tunggal. Sebelum Revolusi Iran, badan perundangan ini terdiri daripada dua dewan utama, tetapi Dewan Senat Iran dibubarkan menerusi perlembagaan baru Iran.

Majlis (Parlimen)

Majles e-Shura Eslami (Majlis Syura Islam), mempunyai keahlian seramai 290 orang yang dilantik menerusi pilihan raya setiap empat tahun sekali. Kesemua ahli-ahli parlimen haruslah mendapat kelulusan Majlis Wali Iran.

Majlis Wali

Rencana utama: Majlis Wali Iran

Majlis Wali terdiri daripada 12 pakar undang undang termasuklah enam ulama yang dilantik oleh Pemimpin Agung. Enam pakar undang-undang lain diundi oleh parlimen Iran yang dinamakan Majlis dan keenam-enam mereka dicalonkan oleh Ketua Kehakiman Iran. Majlis ini menafsirkan perlembagaan Iran dan bisa menolak rang undang-undang yang diluluskan parlimen yang dianggap tidka sesuai dengan perlembagaan atau undang-undang Syariah. Rang undang-undang ini kemudiannya akan dirujuk semula di parlimen.

Majlis Penyesuaian

Majlis Penyesuaian Iran bertanggung jawab untuk menyelesaikan perselisihan antara Parlimen Iran dengan Majlis Wali Iran. Ia juga bertindak sebagai badan penasihat kepada Pemimpin Agung dan secara tidak langsungnya menjadi badan yang paling berpengaruh dalam pentadbiran negara.